Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, June 26, 2014

: : Pandang dengan mata hati : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sejak akhir2 nie macam2 yang berlaku. Kalut sangat fikiran nie bila teringatkan hal itu. Entah di mana silapnya. Benda yang kecik jadi terlalu besar sehingga rasa terbeban di bahu nie tak sanggup nak pikul lagi.Rasa nak lepaskan semuanya. Biarlah apa nak jadi biarlah... mungkin itu dah ketentuan Illahi.

Tak pernah rasa marah, sedih, kecewa dan terkilan sebegitu rupa. Hati jadi tawar sangat2. Entah sampai bila akan begini. Harap semuanya akan baik2 aje. Bila kita berdiam diri makin seronok mereka2 bergembira. Bergembira kerana mempersendakan orang di sini ke? 

Diam bukan bererti membenarkan sesuatu yang salah itu terus bermaharajalela....diam itu bersebab...supaya tak keluar kata2 yang bisa menghiris hati. Lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Itu yang perlu kita ingat bila kita sedang marah. Mungkin bila kita marah kita hilang akal dan keluarkan kata2 yang tak sepatutnya...

Andai kamu mendengar kata2 dari orang lain tentang saya. Ikut suka kamu la kalau kamu nak percaya bulat2. Saya takde kuasa untuk halang kamu dari mendengar dan percaya.

Kamu tak tahu apa yang tersirat di dalam hati ini, perjalanan hidup yang telah saya lalui, apa yang saya telah tempuh sepanjang hidup saya...jangan sesekali kamu menjatuhkan hukuman ke atas saya dengan membabi buta....tindakan itu ibarat meludah ke langit....


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...