Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, September 17, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 12 : 5 Wishlist Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wishlist saya untuk tahun ini dan tahun2 akan datang. Andai tercapai tahun nie.Tahun depan buat wishlist lain pulak

1. Anak - Nak anak sangat2. Rumah sunyi sangat. Saya dah biasa dengan suasana bising. Hidup tak lengkap tanpa ada anak. Semoga Allah swt memperkenankan doa saya. Dah 4 thn lebih menanti.



2. Samsung Galaxy Note 8 - Dah lama teringin nak memilik gadget nie. Sekarang pakai Samsung S3 macam terhad jer bila nak update blog sebab screen kecik tak puas tengok. Harap hujung tahun nie boleh sambar 1.


3. Travel - Memang suka sangat bab2 berjalan nie. Tapi tak seronok kalau gi sorang2 tanpa suami. Suami jenis x suka travel. Negara pilihan utk saya travel adalah Korea.....Yea..yea


 4. Lesen P - Wishlist nie dah bertahun2 tetapi masih gagal. Saya nie jenis penakut nak pegang stereng kereta, macam mana la nak dapatkan Lesen P nie

5. Kereta - Perlukan kereta sendiri sebab sekarang nie 100% bergantung dengan suami. Kalau suami kena gi kursus mula la patah kaki duk kena tumpang umah adik beradik...hhhaaiiisshh tension...


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

4 comments:

  1. Assalamualaikum.... semoga semua impian terlaksana :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak sangat travel ke Korea dan di beri keberanian untuk memandu, lesen dah ada cuma keberanian tak ada lg hihihhihi.
    Semoga wish awak dapat di kecapi... Amin

    ReplyDelete
  3. Insyaallah...moga Allah makbulkan impian awk tu

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya Allah swt makbulkan. Banyak berdoa dan usaha ya dear.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...