Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, September 24, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terlalu banyak perkara yang dirindui. 

"Andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkah laku........"

Bila fikir dalam2 apa yang kita lakukan dahulu mencerminkan siapa kita sekarang. Terlalu banyak perkara yang bermain di ingatan. Ada manis ada pahit. Ada sesuatu yang sangat saya rindui....


1.Kanak-kanak

Banyak memori zaman kanak2 telah hampir luput diingatan. Masa nie rapat sangat ngan akak, abg dan adik2 yang lain. Adik2 ramai jadi x yah main ngan org lain cukup kami ajer dah jadi riuh rendah. 

2.Tadika

Rindu akan Tadika Bukit Kerani Kuala Lipis. Rindu nak menari dan berlakon dengan seorg budak lelaki ni. Masa tadika tu kena buat persembahan. Siap pakai baju ala-ala pengantin warna putih dan kain kembang.

3. Sekolah Menengah

Rindu pada ex- student 5A Sekolah Menengah Kebangsaaan Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Budak2 kelas nie mmg happening gile. Sampai sekarang persahabatan terjalin erat.

4. Matrikulasi

Rindu kat teman nama Karimah Najihah. Dia seorg teman yang banyak membantu saya semasa di Kolej Matrikulasi Perlis (tahun 2000-2002). Rindu nak gi kafeteria dengan dia. Rindu nak dengar dia ngaji Al-Quran.

5. Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Rindu nak balik zaman study kat Universiti Utara Malaysia (tahun 2002-2005). Suka sangat lepak kat Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Kadang2 bukan study pun. Layan perasaan kat situ je. Amik ilham tulis puisi. Tempat paling sunyi yg saya pernah jumpa.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

4 comments:

  1. oloo olooo kita pun rindu awak jugakkk...hehhehee

    ReplyDelete
  2. kadang2 benda yang kita rasa malas nak buat akan kita rindu nak buat balik.. contoh macam pergi sekolah. Klau masa sekolah aduhai.. nak bangun pagi pun rasa malas.. tp dah tetua ni rindu pulak zaman sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe...skang nie macam nak balik ke zaman sek dulu.....x yah nak pening2 cari duit

      Delete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...