Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, September 29, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebelum kawen x pernah makan pun ikan masak acar. Lepas kawen baru tau wujudnya ikan masak acar. Masakan nie sgt digemari oleh husband. Saya pun terjerumus jugak. Meh saya kongsikan resipi paling simple. Masak main tutup dan campak2 je....

Pic dr En.Google
  • 6 ketul ikan tenggiri
  • 1/2" halia *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • I sudu kecil biji sawi
  • Halba (nak letak pun boleh jugak)
  • 2 sudu makan cuka(boleh gantikan cuka dengan air asam )
  • 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
  • 1/2 batang timun (potong memanjang)
  • 1 biji lada merah & hijau potong memanjang
  • 10 biji bawang merah yg kecil2 (hiris nipis2)
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Lumurkan ikan tenggiri dgn sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng hingga kekuning-kuningan. Selepas itu ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (* ) dan tumiskan.
  3. Masukkan biji sawi dan halba. Tumis sehingga garing dan wangi.
  4. Kemudian masukkan air, cuka , garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan lobak, bawang kecil, lada merah dan lada hijau..(jangan layu sangat nnt tak sedap)
  6. Kemudian masukkan ikan dan timun.
  7. Pastikan gula dan garam diletakkan secukupnya yer

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...