Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran hari ke 3. 

Payah jugak soalan nie. Kuat tang apa tu? Tubuh badan, akal fikiran, kecekalan hati atau apa? Main belasah je la yer Cik Sue Izza. Asalkan tak menyimpang jauh dari task nie


Hari ketiga : Sesuatu Yang Menguatkan Anda


Family - Tanpa mereka saya tak tahu macam mana saya nak teruskan kehidupan saya. Walaupun mereka jauh dimata tapi dekat sgt di hati. Walau pun jarang bersua namun doa sentiasa saya titipkan buat mereka. I love my family.


Al-Quran Dan Zikrullah - amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Dengan membaca Al-Quran ianya dapat menerang dan menenangkan jiwa serta menajamkan daya ingatan kita.
 
Zikrullah memiliki kehebatan dan kelebihan tersendiri. Selalunya lepas solat kita berzikir. Ianya mudah utk diamalkan dalam kereta, ketika menunggu tren..bila2 dan dimana2 sahaja ianya boleh diamalkan.
 
Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d ayat 28:     
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
.
Tafsirnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “Zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
 

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...