Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran hari ke 4.

Bercerita tentang buku kegemaran. Saya tak tumpukan pada satu2 buku. Semua jenis buku saya layan kecuali novel. Minta maaf saya memang tak layan novel cinta. Walaupun pernah la khatam beberapa novel popular masa zaman anak dara dulu kala.



Masih segar diingatan dalam tahun 1997-1999 saya sangat suka baca buku Siri Bercakap Dengan Jin. Walaupun saya nie seorang yang amat2 penakut tapi saya sangat suka baca kisah mistik @ seram. Sekarang nie dah susah sangat nak cari buku2 tu jadi saya baca secara online jer di Siri Cerita Bercakap Dengan Jin.


 
Buku nie sangat terkesan kat hati saya. Kalau kita nak berbahagia di dunia hidup perlukan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Dengan mengingati Allah swt hati akan menjadi tenang.



Buku nie sangat membantu.Pernah seketika saya sangat kecewa dengan hidup saya tapi seorang teman telah hadiahkan saya buku ini. Alhamdulillah setelah berulang2 kali membaca saya menjadi seorg yang positif bukan 100% tapi sedikit demi sedikit saya berubah ke arah positif. Sentiasa berlapang dada ketika menerima musibah itu. Sentiasa ingat Allah menguji kita kerana Dia sangat sygkan kita,pasti ada hikmah yg tersembunyi.


Mudah bukan untuk menasihati seseorang untuk tidak bersedih? Bagaimana jika kita berada di tempat tersebut? Pasti sukar kan? Buku ini menyuntik semangat untuk jiwa yang becelaru seperti saya.  Jika anda sedang bersedih, buku ini amat bersesuaian untuk dijadikan bahan bacaan. Semoga kita diberikan kekuatan dan ketabahan daripada Allah s.w.t. bagi menghadapi setiap kesulitan dan kesedihan dalam hidup kita.

# Jangan bersedih, sesungguhnya sabar di atas perkara yang tidak disukai dan kesalahan adalah jalan menuju kejayaan

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

1 comment:

  1. macam best jerr..nk pinjam r..hhahhaa

    jom singgah blog alia...task ke 5

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...