Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Islam amat mementingkan soal pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang sempurna. 

Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Sangat beruntung kerana saya satu2nya anak yang mula2 melangkah kaki ke menara gading. Dengan itu, ianya memberi inspirasi kpd adik2 saya untuk tuju ke arah yang sama.

Pendidikan itu tidak terbatas. Yang penting pendidikan yang kita dapat itu kita gunakan ke arah kebaikan bersama. Jangan gunakan pendidikan yang kita dapat untuk merosakkan negara, bangsa dan agama. 


Pendapat saya, Pendidikan itu sangat penting:

1. Pengetahuan - Pendidikan mampu membuat kita berfikir secara kritis dan kreatif. Fikir la mana yang baik dan mana yaang buruk...... berfikir, mentafsir, membuat keputusan dan memahami sesuatu keadaan itu dengan baik.

2. Sosial & Ekonomi - Pendidikan dapat membantu kita menaik taraf kehidupan kita. Dengan adanya pendidikan kita boleh mengubah hala tuju hidup kita daripada biasa2 ke arah yg lebih berjaya.

3. Pekerjaan - tak yah nak cakap la tang nie. Semua org tau. Bila belajar tinggi skit leh mohon jawatan yang setaraf dengan pendidikan kita. Nasib terbela. Tapi jangan terlalu memilih kerja sangat. Kadang2 apa yang kita nak tu x dapat. Usaha lagi ye.... 

4. Perkahwinan - Nak kawen pun kena ada ilmu. Takde ilmu macam kapal belayar tiada nakhoda. Tenggelam dek lautan dalam.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...