Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, September 3, 2014

Duit Kutu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Kamu mesti pernah dengar kan orang main kutu atau dapat duit kutu. Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk ke bukanagendaku.

Saya start main kutu nie sejak keje tahun 2006. Kumpulan silih berganti. Sekarang nie kekal ngan satu kumpulan jer terdiri drpd 9 orang. Setiap bulan bayar RM200 maknanya bila tiba giliran saya, saya akan dapat RM1600.

Main kutu nie best sebenarnya. Yang tak best bila hak kita ditunda2. Begini ceritanya, bulan 7 ari tu kami start main kutu. Bila undian dicabut saya dapat no 2. Maksudnya hujung bulan 8 saya akan dapat duit kutu. Kawan tu kata akan masukkan duit kutu pada hari sabtu (30/08/2014). Saya menanti penuh sabar. Sampai ke malam saya duk tunggu mesej atau call dari kawan tu tp sampai keesokkannya takde. Saya check akaun bank tapi xde pun dia masukkan duit seperti yang dijanji.

Yang lebih menyedihkan. Bila kita dah tahu bila kita akan dapat duit kutu. Kita akan merancang sesuatu. Memandangkan hujung bulan lalu ada 3 ari cuti ingatkan nak g bercuti la dengan gunakan duit tu tp apakan daya perancangan Allah swt itu lebih hebat dr perancangan saya. 

Sebab sabar dah hilang. Pagi tadi saya mesej kawan tu dan tanya apa cerita dengan duit kutu saya. Dia dengan rasa tak bersalah balas mesej "insyaallah...today"..itu je ker? takde kata maaf pun. Dah janji nak bagi hari Sabtu dan hari nie hari Rabu.

Disebabkan geram punya pasal. Setelah kawan tu masukkan duit kutu yang sepatutnya saya terima. Saya pun pulangkan semula duit kutu tu bagi 7 bulan akan datang....maksudnya saya bagi balik RM1400. Dan saya nak dia tahu inilah kali terakhir saya akan main kutu dengan dia.

Hal nie bukan sekali 2. Pernah dia bayar duit kutu ansur2. Time tu saya dah garu kepala. Nak marah kawan. Kenal bukan sehari 2. Dah bertahun2 kenal. 

Saya maafkan kamu wahai kawan.  

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...