Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Wednesday, September 17, 2014

Tentang Cek Gaji - Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak luahkan perasaan kat sini je la. Nak luahkan masalah kat orang lain. Orang lain pun dah sarat dengan masalah mereka. Masalah ni timbul lagi. Dulu dah pernah timbul dan saya pernah cerita di Kecewa sangat -sangat dan Bila Nak Dapat Nie. Tak tahu la kalau org pk ini masalah biasa kan. Pada saya nie gaji saya dan itu hak saya. Mana boleh org pertikaikan.

Sebenarnya saya dah dapat cheque gaji pada 02/09/2014 (Selasa) dan saya telah deposit cheque tu keesokkan harinya. Kalau diikut Cheque tu akan clear pada hari 05/09/2014 (Jumaat).  Tak jangka masalah nie akan berlaku lagi.

Dengan hati yang riang ria pada hari 06/09/2014 (Sabtu) dengan bangganya nak kuarkan duit kat Maybank alih2 mesin tu bagitau baki tak mencukupi. Dah cukup heran nie. Bila semak baki memang ternyata amount yg sepatutnya ada dalam akaun tu xde. Hati dah risau. Duit hilang ke? Apa yg berlaku nie?

Balik rumah cepat2 log in Maybank2U. Nampak tak yang saya bulatkan dengan kaler merah "CLEARING CHEQUE RETURNED". Terus saya call Customer Service Maybank dan dioarg tak boleh nak kesan pasal apa. Diaorg cakap kena tunggu surat dari Maybank.




Tunggu punya tunggu. 09/09/2014 saya terima surat dari Maybank dan sebab utama cheque dipulangkan semula adalah disebabkan "SECOND DRAWER SIGNATURE DIFFER @ TANDANTANGAN PENYURUHBAYAR KEDUA BERBEZA". Memandangkan Commitee baru aje berubah jadi sepatutnya secretariat atau org yng berkenaan ke bank untuk sah kan tandatangan penyuruhbayar yang baru.

Hari nie 17/09/2019 (Rabu)...sampai bila masalah nie diaorg nak settlekan. Tolong la paham. Takkan nak bagi cheque tu dengan cheque gaji bulan September...Aduhai...sakit jantung saya. 

Nak je rasanya mengadu kat Pejabat Buruh.
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

7 comments:

  1. ala siannya awak..management kena faham benda ni

    ReplyDelete
  2. Aduhai... kita bukan jutawan yang tak kisah pasal gaji, kan? :(

    ReplyDelete
  3. kesiannya awk.kalo sy pon hangin..awk ptt amik serius sikit kes ni biar management x pndg rendah psl hal ni.kalo perlu report, sila report

    ReplyDelete
  4. aduhai.. kesiannya.. macam mana boleh jadi macam ni. patutunya mereka alert benda ni.

    ReplyDelete
  5. kesiannye...dah bpe kali kene ni? better report je kat pejabat buruh. kalau buat dek je takut nt perkara ni berulang lagi. melampau sgt tu. Kalau saya, blah je dr company tu.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya lg teruk..bank in cheque 8.3.16 ,,10.3.16 cheque returned..smpai ari ni 22.3.16 sy msh xdpt cheque sy tu..mau nangis..dah letih ulang alik branch tny mn cheque

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi untuk meninggalkan komen anda di sini. Perhatian anda amatlah dihargai. Sayang anda2 semua....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...