Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Monday, June 30, 2014

: : 1 Ramadhan 1435 H : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Permulaan puasa tahun nie sangat simple. Memandangkan suami tengah amalkan diet jadi bersahur dan berbuka ala kadar sahaja.

Menu sahur: 
Nasi putih
Daging goreng kicap
Telur masin

Menu berbuka:
Nasi putih
Sambal tumis ikan keli
Telur dadar
Sayur campur 

Sudah hampir 3 bulan husband tak makan nasi...disebabkan bulan puasa jadinya saya minta dia makan nasi walaupun sedikit.

Cuma petang nie tak tahu lagi nak makan apa bila berbuka nanti. Maklumla org berkerjaya. Duduk di Selangor kerja di Kuala lumpur.Balik kerja pun pukul 4.30 petang. Makan la apa yang ada je. Mujur la husband jenis yang tak cerewet.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014 /1435 H

Selamat menyambut ramadhan 1435 H. Alhamdulillah..syukur nikmat dapat lagi bertemu ramadhan kali ini

Semoga Ramadhan kali ini penuh dengan keberkatan dan semoga kita dilimpahi nikmat dan rezeki berlipat ganda.

Semoga Ramadhan ini menutup segala cerita duka sebelum2 ini.  Semoga Ramadhan ini memberi sinar cahaya utk saya dan kita semua

Friday, June 27, 2014

: : Hay Day Game : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Zaman teknologi dan pakai handphone toreh2 sekarang nie memang tak boleh elak utk download game dari Play store. Sila angkat tangan siapa yang x download game? Dari kanak2 sampai la yang berpangkat atuk dan nenek pun teruja duk download aplikasi nie.

Dah tak heran bila kita dah kurang bersosial. Cuba tengok kat kedai makan, kat dalam bas, dalam train...semua org duk sibuk pegang hp dan buat hal masing2 dah tak toleh kiri kanan. Saya pun ngaku saya jgk begitu...hehehehe. Tak boleh la biarkan teknologi kuasai kita kan...karang semua kerja x menjadi....kalau asyik duk main game je, rumahtangga jadi tunggang langgang....berpada2 la dengan keasyikan bergadjet tu....

Dulu kan saya teruja duk main game CCS ( Candy Crush Saga)...masa tu duk main kat pc je...lps husband hadiahan samsung S3 terus duk download game nie.....

 
Tapi mak aiihh...nak lepaskan level tu punya la stress tahap gaban....skang duk stuck kat level 266 sampai ke sudah x main dah....lemah ooii jiwa nie nak main CCS. Takpe la CCS duk diam2 ek...nnt kalau ada hati boleh la main semula.

Skang dah main game baru...game nie jenis yang budak2 suka main...Game Hay Day...

Yang best game nie x sama macam yang kat facebook tu....game kat facebook tu macam hampeh...korang boleh jadi hamba game pasal...hari2 nak kena main...kalau x main korang punya tanaman akan hilang, akan rosak, binatang ternakan akan mati tp Hay Day nie lain skit....korang boleh nak main bila2 masa....x main berbulan2 pun no hal....semua akan back to normal jer.

Apa2 hal sebelum download game tu rajin2 la tgk reviews dulu yer....tgk jgk kesesuaian hp korang....main game tu main jgk...dah nak menjelang Ramadhan nie....biasa2 kan lah diri utk jauhi gadjet sebab kadang kala ia melalaikan kita...

Semoga semua bergembira hendaknya..

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

: : Salam Jumaat : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Salam Jumaat penuh barakah! Doa saya semoga kita semua dilimpahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan untuk menuju akhirat, diteguhkan aqidah, ditingkatkan iman. Amin......
 
Sesungguhnya hari jumaat lebih baik dari hari-hari di bulan Ramadhan dan sesungguhnya hari jumaat adalah hari raya. MasyaAllah! Betapa istimewanya hari jumaat.

"Barangsiapa mandi,keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang, kemudian menghampiri imam dan mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya, dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun"

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Thursday, June 26, 2014

: : Pandang dengan mata hati : :

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Sejak akhir2 nie macam2 yang berlaku. Kalut sangat fikiran nie bila teringatkan hal itu. Entah di mana silapnya. Benda yang kecik jadi terlalu besar sehingga rasa terbeban di bahu nie tak sanggup nak pikul lagi.Rasa nak lepaskan semuanya. Biarlah apa nak jadi biarlah... mungkin itu dah ketentuan Illahi.

Tak pernah rasa marah, sedih, kecewa dan terkilan sebegitu rupa. Hati jadi tawar sangat2. Entah sampai bila akan begini. Harap semuanya akan baik2 aje. Bila kita berdiam diri makin seronok mereka2 bergembira. Bergembira kerana mempersendakan orang di sini ke? 

Diam bukan bererti membenarkan sesuatu yang salah itu terus bermaharajalela....diam itu bersebab...supaya tak keluar kata2 yang bisa menghiris hati. Lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Itu yang perlu kita ingat bila kita sedang marah. Mungkin bila kita marah kita hilang akal dan keluarkan kata2 yang tak sepatutnya...

Andai kamu mendengar kata2 dari orang lain tentang saya. Ikut suka kamu la kalau kamu nak percaya bulat2. Saya takde kuasa untuk halang kamu dari mendengar dan percaya.

Kamu tak tahu apa yang tersirat di dalam hati ini, perjalanan hidup yang telah saya lalui, apa yang saya telah tempuh sepanjang hidup saya...jangan sesekali kamu menjatuhkan hukuman ke atas saya dengan membabi buta....tindakan itu ibarat meludah ke langit....


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

^^ Cepatnya masa berlalu ^^

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Pejam celik pejam celik dah hampir penghujung bulan 6. Andai dipanjangkan umur dapatlah sambut Ramadhan tahun ini. Tak sabar nak sambut bulan Ramadhan. Harap bertemu dengan sinar yang dicari.

Bulan nie terlalu sibuk uruskan hal2 seminar. Banyak benda nak kena buat. Bila seminar dah habis baru boleh bernafas dengan baik, kalau tidak sesak nafas. Macam nak pengsan tapi mujur tak pengsan la...hehehhe

Untuk kawan2 yang setia berkunjung di sini, terima kasih banyak2 kerana masih berkunjung di teratak usang nie...dah mereput tinggal nak roboh jer lagi. Tapi harap tak roboh la. 

Terlalu banyak perkara bersarang kat kepala nie. Tunggu masa nak diluahkan di sini...

Kena fikir panjang dulu takut karang terbuka aib sana sini....

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...