Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Tuesday, September 30, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 22 : Destinasi Percutian Impian

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dari dulu sehingga kini dan pasti selamanya. Ini adalah tempat yang saya nak hbskan cuti saya. Mana lagi kalau bukan Negara Korea. Tak habis2 dengan Korea kan? Bukan sebab kejutan K-Pop ok. Memang dah jatuh hati sangat dengan negara tu.

Bila tengok siri Running Man, diaorg akan paparkan tempat2 atau lokasi2 pelancongan yang adakala org x tahu pun ada tempat yg cantik macam tu. 

Time tengok drama korea jangan cakap la...eh eh cantiknya tempat tu.....wah! tempat tu romantik giler la.....subhanallah, cantik nya tempat itu tempat ini....teruja giler bila tgk tempat2 yg cantik. Negara2 lain pun ada tempat yg cantik dan unik tp kalau boleh nak sekali jejakkan kaki ke Korea.


Selain tu saya ada jenguk juga blog Shuhadah Noordin - Korea Travel Guide Tips dan Catatan Kembara Korea. Kalau ikutkan banyak lagi blog2 yang saya baca


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 21 : Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saya teringin sangat nak pergi Sabah. Tahun lepas MIL, FIL akak ipar dan adik ipar ada ajak ke Kota Kinabalu tapi saya tolak sebabnya tak sanggup nak tinggalkan husband kat Meru sorang2. Kalau diikutkan saya mmg jenis suka berjalan. Tak kisah la jauh ke dekat ke yang penting boleh tgk tempat org.

Antara tempat2 yang saya ingin pergi

1- Desa Cattle, Desa Dairy Farm, Kundasang
Desa Cattle terletak di Kundasang. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari Kinabalu Park. Orang kata cuaca kat Kundasang sejuk mengalahkan Genting Highlands dan Cameron Highlands. Macam kat New Zealand pun ada tetiba rasa macam g oversea...hahahha.

2.Rumah Terbalik Tamparuli, Sabah

Salah satu daya tarikan pelancong untuk ke  Negeri Sabah. Semuanya terbalik. Sangat unik.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Cabaran 30 Hari # Hari 20 :Quote Kegemaran Anda


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Dalam perjalanan hidup kita adakalanya kita perlukan kata2 perangsang dan juga ingatan2 ikhlas untuk kita jadikan petunjuk untuk kita lalui kehidupan yang mendatang. Hidup kita adakalanya cerah adakalanya mendung. Ada hitam ada putih. Ada suka ada duka.











Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, September 29, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Sebelum kawen x pernah makan pun ikan masak acar. Lepas kawen baru tau wujudnya ikan masak acar. Masakan nie sgt digemari oleh husband. Saya pun terjerumus jugak. Meh saya kongsikan resipi paling simple. Masak main tutup dan campak2 je....

Pic dr En.Google
  • 6 ketul ikan tenggiri
  • 1/2" halia *
  • 4 biji bawang putih *
  • 1 biji bawang besar *
  • I sudu kecil biji sawi
  • Halba (nak letak pun boleh jugak)
  • 2 sudu makan cuka(boleh gantikan cuka dengan air asam )
  • 1/2 batang lobak merah (potong memanjang)
  • 1/2 batang timun (potong memanjang)
  • 1 biji lada merah & hijau potong memanjang
  • 10 biji bawang merah yg kecil2 (hiris nipis2)
  • 1 cwn air

Cara-cara

  1. Lumurkan ikan tenggiri dgn sedikit serbuk kunyit dan garam lalu digoreng hingga kekuning-kuningan. Selepas itu ketepikan.
  2. Kisar bahan2 bertanda (* ) dan tumiskan.
  3. Masukkan biji sawi dan halba. Tumis sehingga garing dan wangi.
  4. Kemudian masukkan air, cuka , garam dan gula. Masak sehingga mendidih.
  5. Setelah itu masukkan lobak, bawang kecil, lada merah dan lada hijau..(jangan layu sangat nnt tak sedap)
  6. Kemudian masukkan ikan dan timun.
  7. Pastikan gula dan garam diletakkan secukupnya yer

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 18 :Siri TV Kegemaran

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Running Man merupakan salah satu variety show yang paling saya gemari. Setiap minggu rancangan ini menghidangkan pelbagai misi yang berlainan dan itu merupakan kekuatan rancangan ini untuk mendapat tempat di hati peminat dari pelbagai peringkat umur.

Setiap minggu mesti tonton kalau sibuk sangat sampai x dapat nak tonton mesti rakam rancangan nie. Lps tu bila ada masa terluang baru la layan.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Thursday, September 25, 2014

Tentang Cek Gaji - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Semalam baru dapat cek gaji. Yang mana tak tau cerita nie boleh singgah jenguk Tentang Cek Gaji - Part 1.

Alhamdulillah akhirnya dapat jugak cek gaji. Cek ni ada 2 untuk bulan Ogos dan bulan September. Hati dah berlagu riang dah bersorak sorai akhirnya hancur lebur. Nak tau kenapa? Cek tu hanya boleh di depositkan selepas hari Isnin (29/09/2014).

Sebabnya isu tandatangan second signatories tu x settle lagi. Nak je saya hempuk dengan file2 atas meja nie.Dah hujung bulan sgt2 tu. Kalau gaji terus masuk akaun xde hal la. Nie lepas Isnin nak kena tunggu cek clear 3 ari bekerja.

Mujur la esok husband dh dapat gaji. Urut dada wei...jangan la lps nie berlaku lagi. Penat ooiii....Hak kita tp nmpk kita macam peminta sedekah je....

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, September 24, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Terlalu banyak perkara yang dirindui. 

"Andai dapat kuundurkan putaran dunia, ingin ku ubah semula kata-kata dan tingkah laku........"

Bila fikir dalam2 apa yang kita lakukan dahulu mencerminkan siapa kita sekarang. Terlalu banyak perkara yang bermain di ingatan. Ada manis ada pahit. Ada sesuatu yang sangat saya rindui....


1.Kanak-kanak

Banyak memori zaman kanak2 telah hampir luput diingatan. Masa nie rapat sangat ngan akak, abg dan adik2 yang lain. Adik2 ramai jadi x yah main ngan org lain cukup kami ajer dah jadi riuh rendah. 

2.Tadika

Rindu akan Tadika Bukit Kerani Kuala Lipis. Rindu nak menari dan berlakon dengan seorg budak lelaki ni. Masa tadika tu kena buat persembahan. Siap pakai baju ala-ala pengantin warna putih dan kain kembang.

3. Sekolah Menengah

Rindu pada ex- student 5A Sekolah Menengah Kebangsaaan Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang. Budak2 kelas nie mmg happening gile. Sampai sekarang persahabatan terjalin erat.

4. Matrikulasi

Rindu kat teman nama Karimah Najihah. Dia seorg teman yang banyak membantu saya semasa di Kolej Matrikulasi Perlis (tahun 2000-2002). Rindu nak gi kafeteria dengan dia. Rindu nak dengar dia ngaji Al-Quran.

5. Perpustakaan Sultanah Bahiyah

Rindu nak balik zaman study kat Universiti Utara Malaysia (tahun 2002-2005). Suka sangat lepak kat Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Kadang2 bukan study pun. Layan perasaan kat situ je. Amik ilham tulis puisi. Tempat paling sunyi yg saya pernah jumpa.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, September 22, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 16 :Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Kita sukar nak jangkakan masa hadapan.  Mati itu pasti. Tapi tak tahu bila. Andai saya diberi peluang dan ruang dan masih bernafas pada 10 tahun akan datang. 

Pada masa itu saya mempunyai beberapa orang anak. Saya akan menjadi ibu kepada anak2 yang soleh dan solehah. Insyaallah. Saya akan menjadi isteri yang menjadi kebanggaan suami.

Saya masih bekerja dan menjadi manager di pejabat saya sekarang nie. Insyaallah. Doakan untuk saya ye.

Dan pada masa itu jugak, saya akan membuka sebuah restoran atau kedai makan. Itu memamg impian saya.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 15 : Surat Kepada Seseorang, Siapa Saja

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Surat ini ditulis khas untuk  Encek Hubby. Walaupun tahu Encek Hubby x mungkin tahu kewujudan blog nie. Saya harap satu hari nanti dia akan menjumpainya.

" Kehadapan suami yang disayangi. Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

Tahun 2014 merupakan ulang tahun perkahwinan kita yang ke 4. Pada tahun ini jugalah terlalu banyak dugaan yang melanda kita. Rumahtangga yang kita bina berlandaskan kasih sayang ini diharap berpanjangan hingga ke Jannah.

Semoga kita sentiasa menyayangi dan mencintai untuk selamanya."

Ikhlas drpd:
Puteri Kota Jembal
 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 14 : Cerita Kasut Saya

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mujur ada kesempatan tuk teruskan cabaran 30 hari. Hari nie nak bercerita tentang kasut pulak. Sebenarnya saya nie jenis yang suka pakai kasut sampai hancur lps tu baru beli kasut baru. Dari kecik mmg dah diajar macam tu. Tak berapa suka beli barang lps tu simpan dalam almari jer. Kalau boleh bila beli terus nak pakai.

Nie kasut joging saya. Saya nak beli kaler oren tapi husband pilih kaler pink. Dia kata nmpk mcm pompuan skit. APA???? Sebelum nie saya bukan pompuan ke?

Dah 4 thn saya beli kasut nie. Still elok lg. Kasut kesayangan pasal kaler oren.


Yang nie bukan kasut tp nak tepek kat sini jgk. Ni la sandal yg saya bawa ulang alik g keje. Kalau agak2 dah lambat boleh berlari je...Selesa sangat2.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, September 19, 2014

Jom bercuti ke Terengganu - D'Kerteh Guest House

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia 

Hujung minggu dah hampir tiba. Begitu jugak ddengan cuti persekolahan dah nak sampai penghujung. Tapi itu bukan alasan untuk kita abaikan riadah bersama keluarga. 

Selalunya kalau kita gi bercuti luar dari kawasan atau negeri kita, tempat penginapan adalah  yang paling penting. Betul tak? Lebih2 lagi yang ada anak2 kecik. Jika anda berniat utk bercuti di Terengganu, saya cadangkan anda menginap di sini.


D'Kerteh Guest House menawarkan harga yang berpatutan dan sangat berbaloi. Jika anda nak tengok kelengkapan di rumah penginapan tersebut boleh singgah D'Kerteh Guest House cuci mata.


Jenis: Semi-D 2 tingkat (Baru)
Jalan Alamanda 4, Kerteh ,
Kemaman, Terengganu


Ciri kelengkapan: 
Rumah yg besar dan exclusive
- 4 bilik tidur
- 4 bilik air
- 4 aircond + kipas (setiap bilik)
- 4 katil queen (setiap bilik)
- Almari + meja tulis (setiap bilik)
- Set sofa + meja makan
- Set tv + astro
- 2 ruang family (atas/ bawah)
- peralatan dapur yg lengkap
- Lanskap laman yg menarik

Lokasi2 menarik:
- Muara Kerteh ( 2.5 km)
- Mesra Mall (3.0 km)
- Kelab Golf & Rekreasi Petronas(2.5 km)
- Pantai Kemasik (5.0 km)
- Awana Resort World Kijal (8.0 km)
- Kompleks Loji Petronas (10.0 km)
- Pantai Paka (15.0 km)
- Pantai Uitm Dungun ( 30.0 km)

Harga sewa sehari:
- RM290 (bawah 10 pax)
RM10 untuk setiap pax tambahan

Harga sewa jangka panjang:
- Boleh dirunding

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

En Rizal: 019-9878782
Pn Fauziana : 019-2771038


  
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini. 

Thursday, September 18, 2014

Perempuan Pemalas

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Ada satu hal nie saya cukup tak puas hati. Ini pasal student Kolej Sains Perubatan. Kolej nie ada sewa pejabat di bangunan tempat saya bekerja di Plaza Permata, KL. Kalau tak silap saya ada 3 tingkat yang disewa jadi kat sini penuh dengan student2 je. 

Yang buat leceh masa nak masuk ofis dan balik dari ofis terpaksa menunggu lift. Dioarg je dah cukup memenuhkan lift tu. Kalau berkongsi lift dengan diaorg ni lagi serabut kepala sebabnya bila diaorg bersembang macam diaorg jer yang ada dlm lift tu. Tak tengok kiri kanan dah masa sembang tu. Dengan suara kuat, gelak2 lagi tu.....

Kes nie sakit hati jugak. Ni kes kat surau. Dah la diaorg nie suka lepak2 dan tido kat surau. Takpe lagi la yg tu leh bertimbang rasa lagi. Nie kes duk makan dalam surau pastu tak reti buang sampah kat dalam tong sampah. Takde kesedaran sivik langsung budak2 nie. Rasa nak sekeh kepala sorang2. 

Paling sakit hati bab kain sembahyang. Korang dah la x bawa kain sembahyang. Ok fine surau tu ada sediakan. So guna la dengan cara baik. Korang ingat kain sembahyang tu kain tuala ke? Korang duk lap make up korang kat kain tu. Dah la lepas sembahyang korang duk gulung2 kain sembahyang tu. Apa salahnya kalau lipat elok2.  Sejadah tu kalau dah siap guna, tolong la lipat elok2..jangan duk biarkan atas carpet tu je. Korang nie pompuan buat la cara pompuan. Kalau korang dh dlm kategori pemalas jangan la tunjuk sangat kat orang. Malu la sikit. Kita nie pompuan

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, September 17, 2014

Tentang Cek Gaji - Part 1

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Nak luahkan perasaan kat sini je la. Nak luahkan masalah kat orang lain. Orang lain pun dah sarat dengan masalah mereka. Masalah ni timbul lagi. Dulu dah pernah timbul dan saya pernah cerita di Kecewa sangat -sangat dan Bila Nak Dapat Nie. Tak tahu la kalau org pk ini masalah biasa kan. Pada saya nie gaji saya dan itu hak saya. Mana boleh org pertikaikan.

Sebenarnya saya dah dapat cheque gaji pada 02/09/2014 (Selasa) dan saya telah deposit cheque tu keesokkan harinya. Kalau diikut Cheque tu akan clear pada hari 05/09/2014 (Jumaat).  Tak jangka masalah nie akan berlaku lagi.

Dengan hati yang riang ria pada hari 06/09/2014 (Sabtu) dengan bangganya nak kuarkan duit kat Maybank alih2 mesin tu bagitau baki tak mencukupi. Dah cukup heran nie. Bila semak baki memang ternyata amount yg sepatutnya ada dalam akaun tu xde. Hati dah risau. Duit hilang ke? Apa yg berlaku nie?

Balik rumah cepat2 log in Maybank2U. Nampak tak yang saya bulatkan dengan kaler merah "CLEARING CHEQUE RETURNED". Terus saya call Customer Service Maybank dan dioarg tak boleh nak kesan pasal apa. Diaorg cakap kena tunggu surat dari Maybank.




Tunggu punya tunggu. 09/09/2014 saya terima surat dari Maybank dan sebab utama cheque dipulangkan semula adalah disebabkan "SECOND DRAWER SIGNATURE DIFFER @ TANDANTANGAN PENYURUHBAYAR KEDUA BERBEZA". Memandangkan Commitee baru aje berubah jadi sepatutnya secretariat atau org yng berkenaan ke bank untuk sah kan tandatangan penyuruhbayar yang baru.

Hari nie 17/09/2019 (Rabu)...sampai bila masalah nie diaorg nak settlekan. Tolong la paham. Takkan nak bagi cheque tu dengan cheque gaji bulan September...Aduhai...sakit jantung saya. 

Nak je rasanya mengadu kat Pejabat Buruh.
 
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 13 : 5 Blog Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ini adalah senarai blog yang menjadi kegemaran saya. Boleh dikatakan hari2 mesti dan wajib jenguk blog2 nie.

http://www.benashaari.com/
  

Org selalu duk pk negatif asal citer pasal bro nie mesti ada yang kata nak tumpang populariti la...nak up follower la...itu la ini la...semua ion2 negatif nie saya tolak tepi. Walaupun bro tu x pernah kenal saya, saya x pernah pun nak amik ati ke apa. Apa yang penting setiap entri yang bro nie post saya akan baca...yang positif saya amik kalau saya pk itu negatif saya tolak tepi.....senangkan.

http://kasihaleeya.blogspot.com/


Owner blog bernama Kak Filla. Suka baca blog akak nie sempoi betul. Paling best bila Kak Pilla bercerita tentang 3 org puteri kesayangannya tu..Tak lupa jugak husband Kak Pilla iaitu Pak Radie....Suka baca keletah anak2 akak nie ada yg suka mengusik dan yang paling best part anak yg suka berdrama airmata tu....

http://myputeri21.blogspot.com/


 Blog nie wajib ok. Sebab nie blog kawan saya. Kami dah berkawan hampir 18 tahun. OMG lamanya. Macam tak percaya je. Cepat benar masa berlalu. Blog nie banyak mengisahkan ttg kehidupan peribadi dan yang terkini banyak bercerita ttg Kelab Blogger Ben Ashaari. Hebat kawan nie

http://www.azlitamasammanis.com/


Blog milik Kak Azlita Aziz @ Kak Ita lebih cenderung kpd masakan. Macam2 ada masakan melayu, kuih muih, kek, minuman dan macam2 lg .Yang paling penting Kak Ita selalu berkongsi resipi. Part nie yang paling saya suka....tengok aje gambar2 dalam blog nie buat saya sentiasa lapar..


Pemilik blog nie namanya Aty. Mula2 jatuh cinta dengan blog nie sebab decoration rumah. Pemilik blog nie rajin deco rumah dia....Cari ilham deco rumah di sini tp rumah saya tak secantik umah Aty...sob..sob..sob




Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 12 : 5 Wishlist Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wishlist saya untuk tahun ini dan tahun2 akan datang. Andai tercapai tahun nie.Tahun depan buat wishlist lain pulak

1. Anak - Nak anak sangat2. Rumah sunyi sangat. Saya dah biasa dengan suasana bising. Hidup tak lengkap tanpa ada anak. Semoga Allah swt memperkenankan doa saya. Dah 4 thn lebih menanti.



2. Samsung Galaxy Note 8 - Dah lama teringin nak memilik gadget nie. Sekarang pakai Samsung S3 macam terhad jer bila nak update blog sebab screen kecik tak puas tengok. Harap hujung tahun nie boleh sambar 1.


3. Travel - Memang suka sangat bab2 berjalan nie. Tapi tak seronok kalau gi sorang2 tanpa suami. Suami jenis x suka travel. Negara pilihan utk saya travel adalah Korea.....Yea..yea


 4. Lesen P - Wishlist nie dah bertahun2 tetapi masih gagal. Saya nie jenis penakut nak pegang stereng kereta, macam mana la nak dapatkan Lesen P nie

5. Kereta - Perlukan kereta sendiri sebab sekarang nie 100% bergantung dengan suami. Kalau suami kena gi kursus mula la patah kaki duk kena tumpang umah adik beradik...hhhaaiiisshh tension...


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 11 : Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia



Kenangan lucu ...kenangan lucu...apa ek? Bnyak benor kenangan masa silam dah luput di ingatan.

Ada gak kenangan tapi tak tahu la lucu ke tidak nie.

Kenangan masa balik dari sekolah. Time tu masih bersekolah rendah di Sek.Ren Keb. Clifford Kuala Lipis Pahang. Saya ada cerita di SINI . Tahun 1990 saya tinggal di Kawasan Bukit Kerani Kuala Lipis (SINI). Nak kata jauh dari sekolah tu tidak la...Kalau nak cepat sampai kena ikut jalan "shortcut". Jalan "shortcut" nie mmg adventure habis pasal kena redah semak belukar.

Nak dijadikan cerita masa tu balik dari sekolah hari dah petang. Dengan hujan ributnya terpaksa juga redah dan ikut jalan "shortcut". Di pertengahan jalan mendaki ke bukit tu boleh pulak terserempak dengan Khinzir. Wah kecut perut time tu. Dah la besar warna hitam pulak. Masa tu lari mmg x cukup tanah sampai tercabut kasut. 

Sampai kt umah ajak mama gi amik kasut yg tertinggal tu. Huh nasib baik sempat lari kalau tidak mau kena sondol dgn khinzir tu.....

Semua tu dah jadi kenangan yang abadi di hati



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tuesday, September 16, 2014

Fauziana Zone Enterprise - Sambal Belimbing Pahang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari nie nak promote perniagaan kawan lama saya. Saya kenal dia nie masa tingkatan 1 Tahun 1995 masa tu sekolah kat Sekolah Menengah Orang Kaya Haji, Kuala Lipis Pahang. Tapi tak lama sekolah kat situ pasal abah saya kena berpindah tempat keje. Jadi kami hanya sempat bersama dalam tempoh 8 bulan sahaja. Tetapi dalam tingkatan 2 atau 3 kawan saya nie berpindah ke sek tmpt saya belajar jadi persahabatan kami bersambung semula.

Dah lama tak dengar citer pasal dia. Lepas sekolah semua bawa haluan masing2. Yang terbaru dengar kisahnya dia berjinak2 dengan dunia perniagaan. Dia telah berjaya menubuhkan Fauziana Zone Enterprise. Fauziana Zone Enterprise menjual Sambal Belimbing Hitam yang menjadi kebanggaan dan merupakan resipi tinggalan orang2 lama yang sangat enak bagi penduduk Negeri Pahang Darul Makmur.

Jika anda mengemarinya, sila hubungi Puan Fauziana Samat @ Puan Ogy




 Sambal Jin


Nak tahu kenapa blog tu dinamakan sebagai sambal jin, sila kunjungi blog tersebut

Semoga perniagaan Fauziana Zone Enterprise akan berjaya dan menembusi pasaran luar Malaysia. Tahniah buat Ogy

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 10 : Apa Di Dalam Handbag Anda?

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Kali nie selongkar beg sendiri. Selalunya dalam beg penuh sampah sarap...maksudnya tu resit2 dan tiket2 train. Kadang kala makan roti  bila x jumpa tong sampah, plastik roti tu digulung2 dan dimasukkan dalam beg..hehhhe...tak senonoh....Tak kisah la beg penuh sampah janji kita tak buang sampah rata2 kan....

Mari kita selongkar beg saya. Saya pakai beg tak mahal pun. Berpuluh2 jer senang skit nak ganti2....boleh beli banyak2..heheheh


1. Wallet
2. Hardisk - Penting tuk simpan gambar2
3. Kunci rumah
4. Kunci dan kad access office
5. Buku dan pen - wajib ada untuk tulis ilham yg tetiba dtg
6. Beg make up - lupa nak snap
7. HP Samsung S3 - x snap pasal duk snap pic lain2


 Dalam beg make up:

1. Bedak muka
2. Eye shadow + lipstick
3. Maskara
4.  Eyeliner
5. Lipgloss
6.  Krim safi
7. Blusher

Tu jer yang ada dlam beg saya. Sekian



 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Friday, September 12, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 9 : 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Wow soalan tak nie wat mata kelip2 jer.  Lelaki yang menarik perhatian? Soalan macam kacang jer tapi otak nie tak berfungsi nak fikir dalam2. Tak tahu la nak jawab macam mana. Tapi meh la saya bagitau sikit2.


 Lelaki yang menarik di mata saya:

1. Chinese look - Suka tengok lelaki yang berkulit cerah. Kulit cerah tau bukannya yang macam jambu2....

2.   Minat yang sama - Suka jalan2 . Makan angin ker.

3.  Berpakaian simple tetapi kemas  - Tak berapa minat tengok lelaki pakai baju smart2 macam keje ofis besar2. Suka tengok lelaki yang pakai ala2 artis korea...

4. Romantik - Sukanya kalau dapat lelaki macam nie. Cair wei...

5.  Banyak cakap - Susah sebenarnya kalau lelaki tak banyak cakap.Cakap banyak biar bertempat la....kalau kepoh tu saya mmg x suka lgsg




 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Thursday, September 11, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 8 : 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bercerita tentang lagu kegemaran nie. Boleh tangkap lentok, boleh tangkap leleh nie. Terlalu banyak lagu2 yang menjadi kegemaran.


Lagu2 yang jadi pilihan:

1. You Raise Me Up (Westlife)
2. Just A Kiss (Lady Antebellum) 
3. Aku Tetap Aku (Shima)
4. Renungan Terakhir (Nora)
5. Tiada Lagi (Amy Search)

Lagu nie wajib duk dengar hari2. Selalu bawa headphone jadi layan la sorang2.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tuesday, September 9, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran hari ke 6.

Kalau diikutkan hati nak je makan nasi lemak atau roti canai. Sedapnya. Terbayang-bayang makanan nie ada depan mata. 

Sekarang dah mula semula penjagaan kesihatan. Disebabkan BMI dah overweight maka dengan itu terpaksa la tahan nafsu makan.

Pagi nie saya minum Herbalife Teamix. Maaf picture tiada pasal minum dalam pukul 5.30 pagi tadi before kuar rumah. Sampai ofis pukul 7.30 pagi wajib minum Shake Herbalife (Formula 1) perisa Cappuccino pulak.


Apabila minum Shake (F1) nie terasa kenyang. Takde la nak makan sangat pun. Minuman nie saya dah amalkan sebelum bulan Ramadhan tapi ada masanya malas nak minum. Alhamdulillah berat saya sebelum nie 63 kg dan skang nie berat 57 kg. Disebabkan BMI overweight maka kena turunkan lagi dalam 4-7 kg.

Cabaran 30 Hari # Hari 7 : Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Islam amat mementingkan soal pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang sempurna. 

Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Sangat beruntung kerana saya satu2nya anak yang mula2 melangkah kaki ke menara gading. Dengan itu, ianya memberi inspirasi kpd adik2 saya untuk tuju ke arah yang sama.

Pendidikan itu tidak terbatas. Yang penting pendidikan yang kita dapat itu kita gunakan ke arah kebaikan bersama. Jangan gunakan pendidikan yang kita dapat untuk merosakkan negara, bangsa dan agama. 


Pendapat saya, Pendidikan itu sangat penting:

1. Pengetahuan - Pendidikan mampu membuat kita berfikir secara kritis dan kreatif. Fikir la mana yang baik dan mana yaang buruk...... berfikir, mentafsir, membuat keputusan dan memahami sesuatu keadaan itu dengan baik.

2. Sosial & Ekonomi - Pendidikan dapat membantu kita menaik taraf kehidupan kita. Dengan adanya pendidikan kita boleh mengubah hala tuju hidup kita daripada biasa2 ke arah yg lebih berjaya.

3. Pekerjaan - tak yah nak cakap la tang nie. Semua org tau. Bila belajar tinggi skit leh mohon jawatan yang setaraf dengan pendidikan kita. Nasib terbela. Tapi jangan terlalu memilih kerja sangat. Kadang2 apa yang kita nak tu x dapat. Usaha lagi ye.... 

4. Perkahwinan - Nak kawen pun kena ada ilmu. Takde ilmu macam kapal belayar tiada nakhoda. Tenggelam dek lautan dalam.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Monday, September 8, 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dalam pada sahut cabaran 30 hari dari Cik Sue Izza kan sempat jugak la nak postkan enrty nie.

Aktiviti yang jarang sangat dibuat tapi sejak kebelakangan nie sangat digemari oleh my hubby. Hari Sabtu dan Ahad kena paksa ngan my hubby. Dia bawa gi tasik kat area Seksyen 7 Shah Alam. Berjoging la kita...... 

Sakit seluruh badan. Kaki macam kejang jer. Jalan dah macam robot. Adei....kata hubby weekend nie kena joging lagi. Aduyai....

Pastu kena paksa minum Herbalife pulak. Macam2 la my hubby nie.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 5 : 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran hari ke 5.

Amboi kemain task nie. Meh tepek lagu sikit Mengapa Dirindu (Saloma). 

Anak punai anak merbah,
terbang turun buat sarang,
anak sungai pun berubah,
ini pula hati orang.....mengapa dikenang.

Asal kapas jadi benang,
dari benang dibuat baju,
barang lepas jangan kenang,
sudah jadi orang baru.....mengapa dirindu.

Kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati,
kasih yang dulu tinggal dalam mimpi,
kasih yang baru simpan dihati.

Selat teduh lautan tenang,
banyak labuh perahu acheh,
jangan kesal jangan kenang,
kalau hati rasa pedih.....mengapa bersedih.

Kalau pinang masih muda,
rasanya pahit sudahlah pasti,
kalau hilang kasih lama,
cari lain untuk ganti.....mengapa dinanti.

Patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati,
patahkan tumbuh hilang berganti,
lukakan sembuh kalau diubati.


 3 Pesanan Untuk Awak:
1. Terima kasih. Terima kasih sebab ketidaksetiaan awaklah yang mendorong saya menjadi seorg yang lebih peka, setia, jujur dan bertimbang rasa. Terima kasih sebab meninggalkan saya dan saya berpeluang berjumpa dengan org yang lebih baik dari awak dan kini telah menjadi suami saya. Alhamdulillah.....

2. Kemaafan - Saya dah maafkan semua dosa2 awak pada saya. Sudah maafkan tidak bermakna melupakan. Hiduplah dengan baik dan jadi suami yang baik untuk isteri awak.

3. Hutang - Sila jelaskan dengan segera. Awak yang beria cakap nak bayar. Dah makan tahun awak. Macam yang saya tulis dalam entry nie Bila kekasih Lama Kembali

Sunday, September 7, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran hari ke 4.

Bercerita tentang buku kegemaran. Saya tak tumpukan pada satu2 buku. Semua jenis buku saya layan kecuali novel. Minta maaf saya memang tak layan novel cinta. Walaupun pernah la khatam beberapa novel popular masa zaman anak dara dulu kala.



Masih segar diingatan dalam tahun 1997-1999 saya sangat suka baca buku Siri Bercakap Dengan Jin. Walaupun saya nie seorang yang amat2 penakut tapi saya sangat suka baca kisah mistik @ seram. Sekarang nie dah susah sangat nak cari buku2 tu jadi saya baca secara online jer di Siri Cerita Bercakap Dengan Jin.


 
Buku nie sangat terkesan kat hati saya. Kalau kita nak berbahagia di dunia hidup perlukan berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah. Dengan mengingati Allah swt hati akan menjadi tenang.



Buku nie sangat membantu.Pernah seketika saya sangat kecewa dengan hidup saya tapi seorang teman telah hadiahkan saya buku ini. Alhamdulillah setelah berulang2 kali membaca saya menjadi seorg yang positif bukan 100% tapi sedikit demi sedikit saya berubah ke arah positif. Sentiasa berlapang dada ketika menerima musibah itu. Sentiasa ingat Allah menguji kita kerana Dia sangat sygkan kita,pasti ada hikmah yg tersembunyi.


Mudah bukan untuk menasihati seseorang untuk tidak bersedih? Bagaimana jika kita berada di tempat tersebut? Pasti sukar kan? Buku ini menyuntik semangat untuk jiwa yang becelaru seperti saya.  Jika anda sedang bersedih, buku ini amat bersesuaian untuk dijadikan bahan bacaan. Semoga kita diberikan kekuatan dan ketabahan daripada Allah s.w.t. bagi menghadapi setiap kesulitan dan kesedihan dalam hidup kita.

# Jangan bersedih, sesungguhnya sabar di atas perkara yang tidak disukai dan kesalahan adalah jalan menuju kejayaan

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Saturday, September 6, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Cabaran hari ke 3. 

Payah jugak soalan nie. Kuat tang apa tu? Tubuh badan, akal fikiran, kecekalan hati atau apa? Main belasah je la yer Cik Sue Izza. Asalkan tak menyimpang jauh dari task nie


Hari ketiga : Sesuatu Yang Menguatkan Anda


Family - Tanpa mereka saya tak tahu macam mana saya nak teruskan kehidupan saya. Walaupun mereka jauh dimata tapi dekat sgt di hati. Walau pun jarang bersua namun doa sentiasa saya titipkan buat mereka. I love my family.


Al-Quran Dan Zikrullah - amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Dengan membaca Al-Quran ianya dapat menerang dan menenangkan jiwa serta menajamkan daya ingatan kita.
 
Zikrullah memiliki kehebatan dan kelebihan tersendiri. Selalunya lepas solat kita berzikir. Ianya mudah utk diamalkan dalam kereta, ketika menunggu tren..bila2 dan dimana2 sahaja ianya boleh diamalkan.
 
Firman Allah swt dalam surah ar-Ra’d ayat 28:     
الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
.
Tafsirnya: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “Zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
 

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...