Mungkin Tuhan menginginkan kita untuk bertemu beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu

Marquee

Kelab Blogger Ben Ahaari

Popular Posts

Thursday, October 16, 2014

Perempuan Pemalas - Part 2

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Apa yang saya paparkan nie bukannya nak mengaibkan sesiapa pun. Bukan nak cakap saya nie bagus. Bukan nak cakap saya nie seorg yg pembersih sgt2, kemas sgt2, teliti sgt.....tapi bila kita ada kesedaran dengan sendirinya kita akan berubah

Kalau yang tak tahu entry nie sebab apa, sila baca entry di Perempuan Pemalas. Bukan tak pernah tegur. Dah puas tegur tapi tak diendahkan segala teguran. Masing2 buat tak tahu je.

Nota pun memang dah terpampang kat situ. Diaorg tak tahu nak baca nota dalam Bahasa Melayu kut agaknya...Nah jamu mata tengok. Saya sakit mata tengok lama2.





Kadang2 tak faham dengan perangai manusia. Dah bagi kemudahan tapi tak pernah nak jaga.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Tuesday, October 14, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 31 : Apa Yang Anda Dapat Dengan Berblog

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Dari berblog saya dapat:

1. Bertemu dengan rakan-rakan baru. 
2. Bertukar-tukar pendapat dan idea
3. Menimba ilmu 
4. Belajar cara penulisan blog



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 30 : Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Menjadi kebanggan diri bila tahun nie berjaya untuk turunkan berat badan. Sejak kahwin tahun 2010 berat naik secara mendadak. Tahun2 sebelum nie cuba untuk berdiet tapi hampeh semua tak berjaya.

Alhamdulillah, setelah nekad tahun nie berjaya jugak turunkan berat dari 62 kg dan skrg 57 kg. Sekarang tengah berusaha untuk mendapatkan berat yang ideal.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 29 : Bunga Kegemaran Anda Dan Ertinya Untuk Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


Mawar putih merupakan bunga kesukaan saya. Mawar putih pada kebanyakkan org lain adalah melambangkan perpisahan tapi pada saya ia melambangkan kesucian hati dan penghormatan diri yg tertinggi.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 28 : 5 Perkara Bermula Dengan "Andainya"

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia


1. Andainya dapat diputarkan waktu - nak kembali ke masa lalu nak ubah apa yang perlu

2. Andainya aku kaya - macam2 nak buat. Yang pertama nak hantar mama & abah tunaikan haji

3. Andainya aku ada sayap - nak terbang ke seluruh pelosok dunia

4. Andainya ada peluang - nak sambung study sampai PhD

5. Andainya masih ada waktu - ingin menyatakan betapa aku cinta padaMU



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Wednesday, October 8, 2014

Cabaran 30 Hari # Hari 27 : Mood Anda Hari Ini

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Mood hari nie sangat baik. Masuk keje dengan senyuman. Hari2 kalau masam muka pun tak elok juga boleh dapat sindrom kemurungan nanti.


 Harap hari2 anda penuh dengan kegembiraan dan keceriaan.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 26 : Gajet Kepunyaan Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Saya tak punya banyak gajet. Hanya satu je yang saya ada iaitu Samsung Galaxy SIII. HP nia adalah hadiah dari suami saya untuk birtday aya yang ke.tut..tut...tut....saya dah tua..hehehe segan nak bgtau umur.


 Pasal hadiah nie ada saya cerita di Advance Birthday Gift Part 1 & Advance Birthday Gift Part 2.  Kalau dikira2 hujung bulan 11 tahun nie genap 2 tahun saya guna Sambung Galaxy SIII nie...setia giler. Skang nak dapatkkan Samsung Note 8 pulak. Duk gigih menyimpan nie.



Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 25 : Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Alhamdulillah, mereka semuanya selamat. Kehilangan bot tempur nie pada hari Ahad lalu mmg sedikit sebanyak merisaukan hati seluruh warga Malaysia. Walaupun tiada ada sedara mara dikalangan mereka tetapi sebagai rakyat Malaysia, kita turut sama berdukacita.  Tak mahu berulang tragedy seperti #PrayForMH17 #PrayForMH370. Semoga Allah melindungi negara Malaysia, rakyat Malaysia dan negara Islam khususnya. Amin.....


Bot tempur CB204 bersama seorang pegawai dan empat kru selamat tiba di Pangkalan Wilayah 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Teluk Sepanggar kira-kira jam 12.50 tengah hari tadi.

Sumber :  myMetro


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 24 : Rumah Impian Anda

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Bercerita tentang rumah impian memang takkan habis la. Macam2 yang kita nak lebih2 lagi pompuan. Nak yang besar la, yang ada ruang taman mini, yang ada swinming pool la....

Saya sangat tertarik dengan rumah 2 tingkat tapi husband suka rumah setingkat je. Katanya senang nanti tua tak yah susah2 naik turun tangga. Kalau boleh nak miliki rumah macam nie. Nampak cam klasik skit tapi mewah. Yang penting ada kehijauan di sekeliling umah sebab rumah abah kat kampung pun dikeliling pohon2 yang menghijau

Sumber pic dari En.Google
 Insyallah andai dimurahkan rezeki. Umur masih panjang. Saya nak milik rumah 2 tingkat macam nie. Nampak modern giler.Impian jer akak, adik, abg ooiii...tak tahu la bila impian akan direalisasikan..rumah setingkat skang pun jenuh nak membayar bulan2....

Sumber pic dari En.Google
Sumber pic dari En.Google


Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

Cabaran 30 Hari # Hari 23 : Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Satu masa dulu sangat berminat dengan kerjaya sebagai Jururawat.Sebab utamanya adala uniform putih tu umpama mutiara putih, suci dan murni.

Masa kecik dulu selalu "Misi" datang umah nak2 lagi time mama baru bersalin. Masa kecik2 dulu selalu duk pk misi2 nie semuanya lembah lembut, baik dan suka tolong orang


Entah camne lepas je meniti zaman remaja dan terus zaman kolej dan universiti....cita2 tu ke laut belaka. hahahhaa...Sebenarnya saya nie takut tengok jarum dan darah..itulah hakikat yang sebenar kenapa saya lupakan niat murni nak jadi JURURAWAT.


 Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...